25 Jun 2009

Kegiatan Pengorekan Pasir di Sg. Sekamat, Kajang

Emel dari En Lokman,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya mewakili warga Taman Pinggiran Sekamat, Sg. Sekamat untuk melaporkan kegiatan pengorekan pasir bersebelahan dan berdekatan dengan taman kami. Pengorekan pasir tersebut adalah bertempat di kawasan lembah/tasik/lombong di antara Taman Pinggiran Sekamat (TPS) dan Taman Koperasi Cuepacs. Untuk makluman pihak pengurusan MPKj, warga TPS telah membuat aduan berkenaan akan kegiatan tersebut.

Walaubagaimanapun, kegiatan pengorekan pasir tersebut masih berlaku. Setelah membuat pemantauan dan pemerhatian, aktiviti tersebut adalah amat tidak menyenangkan dan amat membimbangkan warga TPS.

Persoalannya;

1) Adakah kegiatan tersebut benar-benar halal dan sah di sisi undang-undang di bawah pimpinan pihak berkuasa tempatan?

2) Adakah kegiatan tersebut akan menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga TPS dan taman yang berdekatan?

3) Adakah kegiatan tersebut akan membawa ketidakseimbangan alam sekitar pada persekitaran dan taman yang berdekatan?

4) Apakah kesan sosial yang akan berlaku di kawasan perumahan TPS jika aktiviti tersebut masih diteruskan?

Persoalan-persoalan tersebut masih tergantung dan tertanya-tanya kerana tiada tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

Saya berharap pihak MPKj dapat membuat tindakan susulan dengan kadar yang segera. Agar warga TPS dapat tinggal dan hidup di taman ini dengan tenang, aman dan sejahtera. Kerjasama dan komitmen dari MPKj adalah amat kami hargai.

Terima kasih
Warga prihatin TPS