27 Oktober 2009

Kes Kedua Rumah di TPS Dipecah Masuk...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman warga TPS, semalam iaitu 26/10/2009 kejadian pecah rumah di TPS kembali menghangatkan keadaan. Kejadian yang berlaku di rumah bernombor 30, turut kehilangan lcd tv, laptop, kamera, barang kemas serta duit.

Suspek memasuki dari tingkap bilik belakang atas dengan mencungkil selak tingkap dan gril. Kejadian dijangka berlaku waktu pagi iaitu selepas tuan rumah keluar bekerja, oleh itu penghuni rumah tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Suspek membawa keluar hasil kecurian melalui pintu belakang.

Mohon perhatian dari semua warga TPS untuk sentiasa berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali. Ini adalah kes ke2 yang berlaku setelah kes pertama terjadi pada 27/05/2009. Setiap warga TPS perlu bersatu bagi memerangi kejadian pecah rumah kembali berulang. Jangan izinkan kejadian ini berlaku di rumah anda sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan