17 Disember 2009

Lawatan wakil KPKT ke TPS

Emel dari Mr SyaipulBahari's Razali Hashim (syabrazh@hotmail.com)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman warga TPS berkenaan cadangan lawatan En Fadil KPKT ke TPS utk meninjau kerosakan pada 23 Disember 2009. Diharapkan mendapat kerjasama para penduduk. Sila beri maklumbalas segera.

04 Disember 2009

Perjumpaan Penduduk TPS kali ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mohon rujuk emel masing-masing. Sekiranya tidak menerima jemputan emel, mohon maklumkan ke alamat emel syabrazh@hotmail.com

Sekian, harap maklum.

30 November 2009

Senarai Defect...

Assalamualaikum...

Mohon untuk serahkan senarai defect rumah masing-masing beserta gambar ke alamat emel Encik Ahmad Musadad (musadad@kpkt.gov.my) untuk dikumpulkan secepat mungkin.

Harap maklum.

12 November 2009

Perjumpaan Penduduk Taman Pinggiran Sekamat (TPS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perjumpaan penduduk TPS untuk kali pertama telah diadakan di Rumah No. 27, En Ahmad Musadad pada 7 November 2009, jam 9 malam. Mesyuarat tersebut bersurai pada jam 12.30 pagi.

Mesyuarat seterusnya dicadangkan pada 5 Disember 2009. Semoga mesyuarat seterusnya dapat dihadiri lebih ramai warga TPS.

Kisah 'Larrie', (Kisah Tauladan)

Emel dari Mr SyaipulBahari's Razali Hashim

Salam.

Semalam kasut kulit aku bernama'Larrie' hilang.aku rasa Mat pet curi,,bayangkan pintu pagar aku berkunci.camner bole hilang.sekali stokin busuk pon nak amik...keadaan TPS memang x selamat.hari tu Pakcik yusof hilang beskal, la ni..kasut aku lak. he3..Kat sini aku nak kongsi story jer he3...

Pada 28 Oktober 2009, Aku dan 'Larrie' pergi ke pejabat seperti biasa selepas menghantar safia ke 'Skool'. Sehari bersama 'Larrie' bagaikan 2 merpati sejoli. kemana saja ku bawa 'larrie', bila waktu pulang ke pejabat ku rasa dihargai sbb ditemani olehnya. Apabila sampai di rumah aku terpaksa meletaknya diluar, kerana takutkan isteriku yg akan mengamuk melihat 'Larrie' di dalam rumah kami. Namun 'Larrie' sempoi dan amat memahamiku, kerana Isteri Harus diutamakan :-). Jadi terpaksalah 'Larrie' tidor diluar bersama selimut putehnya.

Pada 29 Oktober 2009, jam 10 pagi. aku keluar di garaj kereta dan terkejut apabila mendapati 'Larrie' tiada bersama selimut putehnya. aku berasa mushkil, lalu aku menghubungi isteriku di pejabat namun jawapan selambar jer "tadi I keluar, I perasaan ader, dan i dah kunci pagar dengan mangga" 'kenapa Hilang ke?. Aduh!terdetik dihati "Larrie" diculik ker? atau lari dari rumah. Puas aku cuba mengigati dan mencari dimana kali terakhir 'larrie' berada. Harapan tinggal kenangan. Sahlah 'Larrie'telah dicuri, bukannya melarikan diri.

(Kisah ini adalah kisah benar untuk dijadikan tauladan) -Kehilangan Kasutku 'Larrie' amat dirindui, semoga 'Larrie di tempatkan bersama-sama Kasut Buangan yg lain. :( moral from this story, sayangi kasut anda, letakan di rak kasut atau tempat selamat, jgn letak merata2, nanti pencuri nampak dia curi he3)

Wassalam

TPS syaipul

10 November 2009

Arah Qiblat...


Emel dari Hasnol Hady [marbawiy@gmail.com]

Assalaamualaikum,

Tengok arah qiblat dari google earth. See attachment file.

Thanks

Regards,
Pak Non

27 Oktober 2009

Kes Kedua Rumah di TPS Dipecah Masuk...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman warga TPS, semalam iaitu 26/10/2009 kejadian pecah rumah di TPS kembali menghangatkan keadaan. Kejadian yang berlaku di rumah bernombor 30, turut kehilangan lcd tv, laptop, kamera, barang kemas serta duit.

Suspek memasuki dari tingkap bilik belakang atas dengan mencungkil selak tingkap dan gril. Kejadian dijangka berlaku waktu pagi iaitu selepas tuan rumah keluar bekerja, oleh itu penghuni rumah tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Suspek membawa keluar hasil kecurian melalui pintu belakang.

Mohon perhatian dari semua warga TPS untuk sentiasa berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali. Ini adalah kes ke2 yang berlaku setelah kes pertama terjadi pada 27/05/2009. Setiap warga TPS perlu bersatu bagi memerangi kejadian pecah rumah kembali berulang. Jangan izinkan kejadian ini berlaku di rumah anda sendiri.

14 Oktober 2009

Jemputan ke rumah terbuka pada 17/10...

Emel dari Puan Zuraini Mohamad Maskor (zuraini_maskor@tm.com.my)...

Salam

Kami ingin menjemput sahabat handai, jiran tetangga dan sanak saudara ke rumah terbuka sempena penutup aidilfitri di rumah kami pada:

17/10/2009 (sabtu)
2 petang – 5 petang
Di no.22, jalan pinggiran sekamat, taman pinggiran sekamat, sg sekamat, kajang


Terima kasih atas kesudian anda
Salam aidilfitri & maaf zahir batin dari kami
–izzudin, zuraini & wafiy

07 Oktober 2009

Jamuan raya dan hari ulangtahun...

Jemputan dari Puan Siti Noor Azizah,

Salam,

Dijemput semua warga TPS dan Lorong 5 ke rumah no 28, pd 11/10, jam 12-5ptg jamuan hari Raya dan sambutan hari ulangtahun anak yang ke 5 tahun.

06 Oktober 2009

Jemputan Hari Raya

Emel dari Kamarul (kamarul_akmar@yahoo.com)...

Dijemput semua warga TPS dan Lorong 5 Kg Sg Sekamat sekeluarga, ke rumah.
Di alamat: No. 18, TPS,Kajang
No. Tel: 0122792841 @ 0122863449
Pada: 11 Okt 2009 (Ahad)
Masa: Mulai jam 2.00 ptg.
Ikhlas: Kamarul, Puziah dan Haziqah.

02 Oktober 2009

Jamuan Doa Selamat dan Aidilfitri 1430H...

Emel dari Nik (sundayswapmeet@yahoo.com)...

Assalamualaikum,

warga2 & pemilik2 T P Sekamat,

Saya ingin menjemput ke rumah saya (no 17, TPS), untuk majlis kesyukuran hari lahir anak saya yang genap 3 tahun minggu lepas, merangkap rumah terbuka ala kadar sempena aidilfitri pada hari sabtu ini, 3 october 2009.
Aturcara:
1pm – doa Selamat dan potong kek
1pm- 8pm – rumah terbuka aidilfitri

Dikepilkan bersama, peta ke TPS yang saya buat utk rakan2 lain yang tak tahu kat mana TPS, just for sharing kalau2 tuan2 nak gunakan. untuk mereka yang gemar menggunakan GPS, google earth, wikimapia atau peta & kompas, boleh guna coordinate ini 3.0255141N, 101.780321E , betul2 kat pintu masuk taman yang ada sign board tu....

Tq,
Nik, aida & Danish
0192193526
-------------------------------------------------------------------------------------

Emel dari Sheikh Faidzal Sheikh Mustafar (sheikhfaidzal@bessar.com.my)

Asalamualaikum..

"Selamat Hari Raye Aidilfitri" dan Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga buat semua rakan2 dan keluarga di Taman Pinggiran Sekamat..

1.Bersempena dgn Hari Baik Bulan Baik Syawal yg Mulia ini, Saya ingin menjemput semua Rakan2 TPS sekeluarga
ke rumah terbuka saya yang berkonsepkan 'Ala-Kadar & Yg Termampu' khas utk kita(Warga TPS) sama-sama mengeratkan silaturahim sesama kiter di aidilfitri ini.

Tarikh : Sabtu, 3 Oktober 2009
Masa : Dari 3 sehingga 7pm

Alamat : N016, Jln Pinggiran Sekamat (Off Lorong 5),
Tmn Pinggiran Sekamat,
Kajang 43000,
Selangor.

2. Disamping ini juga, saya sekeluarga menjemput Tuan-puan, Rakan2 di TPS untuk ke majlis Tahlil dan Doa Selamat di rumah
kami.

Tarikh : Ahad, 4 Oktober 2009
Masa : Selepas Solat Isyak

Semuga kita semua sama-sama mendapat keberkatan dan hidayah daripada NYA.. Insya-ALLAH

Terima Kasih.

Sheikh Faidzal
019-2409800

------------------------------------------------------------------------------------

22 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Emel dari Zuraini Mohamad Maskor

Salam,

Jiran-jiran kami,

Semoga selamat kembali ke kampung halaman, pastikan rumah elok berkunc sebelum bertolak pulang ke kampung,semua peralatan eletrik ditutup (kecuali peti aislah), jaga pengambilan makanan dan kesihatan sepanjang bercuti, dan banyakkan bersabar kalau terperangkap dalam kesesakan jalan raya...


Re: Aktiviti curi pasir di Sg. sekamat.

Emel dari Sunardi Maulan pada 16 September 2009;

Assalamualaikum,

Tuan Githayuddin dan Puan Puziah,
Tuan-tuan dan puan-puan,

Terima kasih di atas maklumat yang diberikan i.e. kehadiran pegawai MPKj dan siasatan Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah Hulu Langat. Cuma apa yang saya kesali adalah tiadanya pemantauan berkala daripada pihak bewajib dalam mempastikan kontraktor tidak melanggar sebarang syarat dalam kontrak mereka. Di samping itu tidak ada makluman diberikan samada melalui notis pemberitahuan kepada penduduk berhampiran mahupun papan tanda makluman di atas projek tersebut. Kegagalan berbuat demikian telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit di kalangan penduduk terutamanya penduduk Lorong 5 dan Taman Pinggiran Sekamat.

Sekiranya itulah jaminan yang diberikan oleh pihak berkuasa (siap menjelang Aidilfitri 1430H), marilah kita bersama-sama menunggunya. Jika masih ada lagi kerja-kerja pengorekan saya harapkan tuan dan puan semua dapat maklumkan melalui blog Taman Pinggiran Sekamat atau kepada rangkaian e-mel ini untuk dimajukan kepada pihak media agar pihak berkuasa lebih prihatin dan sensitif terhadap kehendak penduduk tempatan.

Tuan Suzardi,

Mohon jasa baik tuan untuk memajukan e-mel ini kepada YB Nik Nazmi juga kepada ADUN Kajang dan MP Hulu Langat.

Wassalam dan Salam Aidilfitri.

Sunardi Maulan

16 September 2009

Salam Lebaran 1430H


Assalamualaikum...

Setelah hampir sebulan berpuasa, kini makin terasa kehangatan menyambut Hari Kemenangan....
Ucapan 'Selamat Hari Raya' bukan hanya untuk warga TPS, malahan buat jiran TPS juga.
Maaf zahir batin...

Ada sesiapa yang ingin menjemput majlis rumah terbuka? :)

Lanjutan emel berkenaan aduan kecurian pasir di Kg Sg Sekamat

Emel dari Sunardi Maulan [sunardimaulan@yahoo.com] pada 16/09/09;
Dimajukan kepada pihak Berita Harian.

Assalamualaikum Saudara Nazmi,

Saya majukan e-mel-e-mel dari wakil penduduk Lorong 5 dan Taman Pinggiran Sekamat, Kg Sg Sekamat, Kajang berkenaan dengan kejadian mencuri pasir yang sudah lama berlaku berhampiran dengan kawasan kediaman kami. Sehingga hari ini, lokasi mencuri pasir itu sudah semakin dekat dengan kawasan rumah kami dan bunyi-bunyi jentera berat jelas kedengaran dan ini sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman kawasan kediaman kami. Di samping itu, sungai kecil yang menjadi pemisah di antara kawasan kediaman kami dan tapak mencuri pasir itu sudah semakin cetek kerana mendapan pasir dan dikhuatiri aliran sungai itu sendiri akan teralih dan menjejaskan ekosistem dan rupa bentuk muka bumi. Tapak mencuri pasir itu adalah bekas lombong yang telah kering namun kini sudah berair semula dan dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya terutama kanak-kanak yang ingin mencuba cabaran mandi lombong apabila tapak ini ditinggalkan oleh pencuri-pencuri pasir itu kelak. Daripada pemerhatian kami, operasi mencuri pasir dilakukan pada waktu persekolahan dan pasir-pasir diangkut oleh lori-lori pada awal pagi ataupun ketika sesi persekolahan sedang berlangsung.

Untuk pengetahuan, laporan demi laporan telah dibuat namun tidak ada sebarang perkembangan positif daripada pihak berkuasa. Sehingga hari ini, tidak ada wakil MPKj ataupun Pejabat Tanah ataupun mana-mana pihak berwajib dilihat melakukan tinjauan atau berjumpa dengan penduduk untuk mendapatkan atau memberikan sebarang maklumat. Aduan kami telah kami ajukan sehingga ke Pejabat SUK Negeri Selangor melalui YB Nik Nazmi.

Dengan ini kami ingin menjemput pihak Berita Harian untuk liputan kepada masalah ini agar ia masalah kami ini mendapat perhatian segera pihak-pihak berwajib..

Saya berharap Saudara Nazmi dari Meja Sastera dapat memajukan e-mel ini memohon liputan media daripada Berita Harian kepada Meja yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Sunardi Maulan
4179, Lorong 5,
Kg Sg Sekamat, Kajang
013-3882099

--------------------------------------------------------------

Emel dari Puziah pada 16/09/09;

Assalamualaikum..

Untuk makluman, saya telah membuat aduan di laman web http://stars.selangor.gov.my/eaduan pada 27/08/2009 yang lepas. Beberapa hari kemudian, saya ada menerima surat yang memaklumkan aduan saya turut dimajukan ke Pejabat Tanah Hulu Langat untuk tindakan selanjutnya. Menurut surat tersebut, tempoh yang diberikan adalah selama 14 hari dari tarikh 28/08/2009.

Sebaik menerima surat tersebut, hari berikutnya iaitu pada 05/09/2009 lebih kurang jam 10.30 pagi didapati terdapat beberapa orang MPKj datang untuk menuju ke arah lombong pasir tersebut dengan bertanya kepada suami saya, Kamarul Akmar. Dalam tempoh sejam tersebut, kami mendapati aktiviti jentera-jentera tersebut ‘hilang’ untuk seketika dan kembali aktif selepas jam 1 petang.

Kami masih tertanya-tanya adakah aktiviti jentera-jentera tersebut mempunyai kebenaran atau tidak dari pihak berwajib.

Puziah dan Kamarul.

----------------------------------------------------------------
Emel dari Md Ghiyathuddin Abdul Halim [ghiyathuddin@sdara.org] pada 16/09/2009

Salaam Aidilfitri,

Mengenai perkara di atas, saya telah menghubungi pegawai penguatkuasaan dari Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat. Mereka telah meneliti kes ini dan mendapati syarikat terbabit mempunyai permit untuk menjalankan kerja-kerja memindahkan selut dari kawasan tersebut, dan ia dijangka selesai sebelum Hari Raya. Kawasan tersebut mempunyai jalan masuk berdekatan Taman Rakan, iaitu dari Sg. Long, dan akan dibangunkan untuk satu projek perumahan. Pihak Pejabat Tanah dan Daerah telah memaklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor berhubung kesan kepada sungai dan alam sekitar untuk tindakan seterusnya.

This matter has in fact been brought to the attention of YAB MB of Selangor, and in due course it is supposed to be settled. We know that the company has the permit to carry out such work. What we don't know is whether the permit is being abused, because if the lorries excavate sand from the area for the use, and the purpose of development, in the same area, then it's ok. Otherwise, the company is deemed to have breached its contract by taking sand out of the area and adversely affecting the environment to the detriment of residents living in the vicinity, especially Taman Pinggiran Sekamat, Lorong 5 and nearby residence. Hopefully, the authorities are able to officially convince residents in the affected area that the company is not abusing its permit, and necessary actions are being taken as regards the potential impact of the activity on the environment, which is the residents' major concern.

Cadangan saya, selepas balik dari menjamu selera di hari Raya nanti, kita tengok perkembangan selanjutnya, sama ada aktiviti tersebut masih berjalan.

Semoga pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk kebaikan semua.

Selamat berbuka.

Ghiyathuddin & Ayu
No.5, TPS


ada permit,

pasir yang dikorek untuk digunakan di tempat yang sama

02 September 2009

Kecurian Pasir di Kampung Sungai Sekamat, Kajang

Emel dari Suzardi Maulan pada 25/08/2009;

Assalamualaikum wrt wbt,

Saya mewakili penduduk Lorong 5, Kg Sg Sekamat dan Taman Pinggiran Sekamat ingin mengadu kepada pihak kerajaan negeri Selangor tentang kes kecurian pasir yang semakin berleluasa di sungai berhampiran tanah perkuburan Kg Sg Sekamat / belakang Taman Pinggiran Sekamat / berhampiran Lorong 5 Kg Sg Sekamat.

Wakil dari penduduk Taman Pinggiran Sekamat juga telah menyatakan kerisauan dan bantahan mereka pada bulan Jun yang lepas. Salinan bantahan tersebut boleh dibaca di http://tmnpinggiransekamat.blogspot.com/2009/06/kegiatan-pengorekan-pasir-di-sg-sekamat.html

Kes kecurian pasir ini telah berlaku sekian lama. Aduan demi aduan sama ada terus ke pihak MPKJ dan ADUN Kajang telah pun dibuat. Tetapi kelihatan aktiviti mencuri pasir ini semakin menggila akhir-akhir ini. Malah ia semakin hampir dengan tanah wakaf perkuburan kariah Sungai Sekamat.

Saya juga risau, kecurian pasir ini akan menjejaskan ekosistem dan struktur tanah di kawasan perumahan berhampiran menyebabkan hal yang tidak diingini berlaku.

Saya menyahut saranan YB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memohon agar rakyat negeri Selangor melaporkan kegiatan haram ini dari masa ke semasa seperti saranan beliau di
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/1219

Saya berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa di negeri Selangor dalam menangani masalah ini.

Kalau bukan kerajaan Pakatan Rakyat yang kami yakini untuk mengatasi pelbagai masalah rakyat, siapa lagi yang kami boleh harapkan ? Sebab itulah tuan-tuan semua kami pilih sepenuh hati pada pilihanraya 2008 yang lepas.

Sekian, terima kasih.

Emel dari Puziah Abu pada 27/08/09;
Aduan telah dibuat melalui emel…
Aduan telah dibuat di laman web MPkj dan terkini, saya adukan melalui http://stars.selangor.gov.my/eaduan
Bagi yang ingin turut serta, amatlah dialu-alukan…

Emel dari Suzardi Maulan pada 29/08/09;
Salam YB Nik Nazmi,

Sebenarnya masalah ini sudah berlarutan agak lama. Harap Tuan YB selaku S/U politik MB negeri Selangor dapat membawa hal ini dengan segera ke pihak yang berkenaan.

Masa emel ini dihantar pun, kedengaran mesin jentolak pasir tengah beroperasi.

Kami dah penat dah mengadu di MPKJ. SMS, telefon, mengadu terus, tapi nampaknya tiada hasil.

Emel dari Pakdi pada 29/08/09;
Tuan Puan yang duduk di Lorong 5 dan Tmn Pinggiran Sekamat,

Sila sms apa-apa aduan, gesaan anda ke nombor berikut:

Wakil DUN Kajang

ONG SENG PENG
012-2134858

RADA KRISHNAN
016-3231217

Wakil EXCO Alam Sekitar, Yaakob Sapari

SULAIMAN AMIN
013-2701345

ZUKARNAIM B. NORDIN
012-2843952

Ahli Majlis MPKJ yang jaga kawasan kita
018-2042084

Saya baru SMS selepas melihat para penyamun pasir masih beroperasi.
Harap tindakan kita walaupun macam kecil ini dapat menyedarkan kerajaan negeri Selangor.

25 Jun 2009

Kegiatan Pengorekan Pasir di Sg. Sekamat, Kajang

Emel dari En Lokman,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya mewakili warga Taman Pinggiran Sekamat, Sg. Sekamat untuk melaporkan kegiatan pengorekan pasir bersebelahan dan berdekatan dengan taman kami. Pengorekan pasir tersebut adalah bertempat di kawasan lembah/tasik/lombong di antara Taman Pinggiran Sekamat (TPS) dan Taman Koperasi Cuepacs. Untuk makluman pihak pengurusan MPKj, warga TPS telah membuat aduan berkenaan akan kegiatan tersebut.

Walaubagaimanapun, kegiatan pengorekan pasir tersebut masih berlaku. Setelah membuat pemantauan dan pemerhatian, aktiviti tersebut adalah amat tidak menyenangkan dan amat membimbangkan warga TPS.

Persoalannya;

1) Adakah kegiatan tersebut benar-benar halal dan sah di sisi undang-undang di bawah pimpinan pihak berkuasa tempatan?

2) Adakah kegiatan tersebut akan menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga TPS dan taman yang berdekatan?

3) Adakah kegiatan tersebut akan membawa ketidakseimbangan alam sekitar pada persekitaran dan taman yang berdekatan?

4) Apakah kesan sosial yang akan berlaku di kawasan perumahan TPS jika aktiviti tersebut masih diteruskan?

Persoalan-persoalan tersebut masih tergantung dan tertanya-tanya kerana tiada tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

Saya berharap pihak MPKj dapat membuat tindakan susulan dengan kadar yang segera. Agar warga TPS dapat tinggal dan hidup di taman ini dengan tenang, aman dan sejahtera. Kerjasama dan komitmen dari MPKj adalah amat kami hargai.

Terima kasih
Warga prihatin TPS

20 Mei 2009

Borang fixed line phone dan streamyx

Emel dari Puan Zuraini (sambungan);

Warga taman pinggiran sekamat,

Alhamdulillah, nik dah bagi details utk saya forward to respective people utk check status permohonon. Setakat ni saya baru terima dari nik je.

Nevertheless, if anyone of you interested to install the fixed line and the streamyx, saya bleh bagi form and forward to the respective people (yela mana tau biler diorang tengok ada ramai orang apply, proses bleh jadi cepat sikit). Sediakan salinan ic je. Setakat ni cable ke taman kiter takder lagi, dan diorang tgh check kalau bleh sambung dari taman2 yg dekat (bab ni saya cuba tolong pushkan)

Kami akan ada kat umah insyaallah ujung minggu ni (umah no.22) utk kemas2 umah. Jadi blehla datang ke umah utk ambik form

Thanks

18 Mei 2009

Line telefon Taman Pinggiran Sekamat

Emel dari Puan Zuraini Mohamad Maskor...

Assalamualaikum warga taman pinggiran sekamat,

Since kiter semua baru masuk rumah, one of the facilities yg kiter takder is phone line. It may be crucial for those yg guna Streamyx especially kalau kiter dah ada akaun sebab kiter bayar monthly tapi biler masuk umah baru tak bleh guna. Kak Puziah bagitau saya, broadband Celcom pun line tak bagus kat area tu.

Jadi, saya nak minta tolong sesaper yg dah pergi TM Point minta line utk bagi no. order kat saya utk saya tolong checkkan kat bahagian network development. Apart from no. order, saya bleh check guna ic. Jadi bleh bagi yg mana2

Saya nak check availability port/cable kat area tu. Memang taman kiter terselit kat taman2 yg dah establish, saya cuma takut takder cable je, so nak kena push sikit nak minta cepat pasang


Terima kasih

04 Mei 2009

Kebakaran...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Petang semalam berlaku kebakaran, tapi bukan kat TPS. Kebakaran tersebut berlaku di Taman Koperasi Cuepacs iaitu taman perumahan bersebelahan dengan TPS, yang hanya dipisahkan oleh Sungai Sekamat.

Bau benda terbakar telah mula dihidu seawal jam 6 petang, namun menyangka ada individu yang membakar sampah. Setelah maghrib, keadaan kebakaran kelihatan semakin marak. Bunyi kecemasan kereta bomba masih tidak kedengaran. Angin kencang mencemaskan penghuni yang ada. Warga TPS tidak senang duduk, apatah lagi penduduk yang lebih berhampiran.

Lebih kurang jam 8 malam, barulah kelihatan kereta bomba di kawasan kebakaran berkenaan.

30 April 2009

Renovation dan pindah....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Suasana makin meriah di TPS dengan pertambahan penghuni yang berpindah masuk... Tak kurang juga yang baru memulakan renovation rumah masing-masing....

Cepat-cepat pindah.. nanti bolehlah buat perjumpaan tuk sesi suaikenal antara jiran... maklumlah penghuni TPS hanya 30 keluarga... bunyi macam tak ramai, harap-harap bolehlah saling tegur menegur, tolong menolong dan hormat menghormati...

OK?

13 April 2009

Krematorium....

Untuk makluman penghuni TPS, projek krematorium yang diwar-warkan akan dibina di hujung Kg. Sg. Sekamat telah dibatalkan. Alhamdulillah...

Banner mengenai kenyataan projek krematorium berkenaan boleh dibaca di luar dewan orang ramai di Kg Sg Sekamat. Kerjasama dan sikap bersatu yang ditunjukkan oleh penduduk Kg Sg Sekamat amat membanggakan. Semoga kita sebagai penghuni TPS juga dapat bersatu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain seperti mereka.

03 April 2009

Complaint to MPKj

BUTIRAN PENGADUAN
No. Rujukan 0017/04/09
Tarikh Penerimaan 01-04-2009 11:35 AM
Nama Anda MUHAMMAD GHIYATHUDDIN BIN ABDUL HALIM
Kawasan Operasi KAJANG :: TAMAN PINGGIRAN
Definasi Masalah ADUAN :: PELBAGAI


Bentuk Maklumbalas ADUAN
Status Semasa DITERIMA
Tajuk Masalah Kegiatan curi pasir
Lokasi Masalah/Kejadian Belakang kawasan perumahan Taman Pinggiran Sekamat, Lorong 5, Jalan Sekamat, 43000 Kajang, Selangor.
Huraian Masalah Saya ingin membuat aduan berhubung kegiatan mencuri pasir yang kembali diteruskan selepas dihentikan berikutan aduan yang telah dibuat kepada pihak MPKj oleh beberapa orang penghuni Taman Pinggiran Sekamat. Kegiatan tersebut bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi turut membahayakan penduduk sekitar kerana ia boleh menyebabkan hakisan tanah di sekitar kawasan bersempadan dengan Taman tersebut.

Semasa aduan pertama dibuat, para penghuni Taman telah mengambil beberapa gambar kegiatan curi pasir itu. Sekiranya perlu, gambar-gambar tersebut akan dikemukakan kepada pihak MPKj sebagai bahan bukti.

Pihak penghuni Taman Pinggiran Sekamat amat berterima kasih kepada MPKj sekiranya tindakan lebih tegas diambil dengan serta-merta ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara seperti itu.

Untuk sebarang urusan lanjut, sila hubungi saya di talian 019 - 266 1922 atau e-mel ghiyathuddin@sdara.org/ghiyathuddin.halim@treasury.gov.my, ataupun En. Syaipul Mohd Razali 013 - 374 5461 (syabrazh@hotmail.com).

--> Kepada semua penghuni Taman Pinggiran Sekamat, harap dapat membuat aduan di e-portal MPKj agar penempatan kediaman kita kekal selamat. InsyaAllah.

31 Mac 2009

Penghuni TPS dah bertambah...

Assalamualaikum...

Setakat akhir Mac 2009, dimaklumkan terdapat 4 keluarga yang telah berhijrah di TPS... Bilangan rumah yang dah pasang grille pun dah makin byk... Mesti seronok kan...

Merujuk kepada notis pemaju, akhir bulan Mac 2009 akan tamatnya perkhidmatan sekuriti di TPS. Oleh itu, diingatkan kepada semua penghuni yang masih belum memasang grille... cepat-cepatlah usahakan...
:)

20 Mac 2009

Emel dari En Muhammad Ghiyathuddin

Salaam to all,

Kudos to saudara kita who initiated the blog and TPS's mailing list.

Just to share the experience my wife and I since we moved in 15 March. The area is a bit quiet, so it's good for our deep sleep and enough rest after the full day's work. There's no sound of dogs barking except for last night (we just closed one ear, mlm Jumaat lak tu). According to the owner of Warung 1128 (kitorang ni dah jadi patron there starting on the night MU got battered), TPS was previously a slum area, so the probability of those spooky thingy is quite remote. But, once we move in, it's worth the effort to conduct solat hajat and baca Yaassiin, individually or together-gether (nanti kita leh discuss this one).

Lat night was our first experience staying there with no guard. Ken's threat to terminate the guard's service when I was arguing with him about the streetlight and other matters was true. He did ask the guard to leave, but according to the guard, they'll be on duty only during the day. Wierd, isn't it? Maybe, Ken already has a new guard in No.5, whom he doesn't need to pay a single penny.

My observation, Ken is irresponsible and vengeful. I don't know if he'll do the same to his own friends and relatives. His action of terminating the guard service even just for the night shift will again put our properties at risk of theft and burglary. He also tried to pass the streetlight problem to us so he doesn't have to settle it himself. I've called MPKj to lodge a report on this, but my calls kept bouncing back to the telephonist who advised me to call back at 9.30 am after all the staff were back from meeting, minum pagi and whatnot. I'll keep trying.

Honestly, my wife and I can't wait to welcome the next families to join us in one of the best ever experience in life - moving in our own new house (for those yg 1st-timer lah).

Regards.

Ghiya & Ayu
No.5.

p/s: err.. alamat kita tu takyah ada Lorong 5 ka?

19 Mac 2009

Salam Perkenalan warga TPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Taman Pinggiran Sekamat!

Satu kawasan perumahan baru yang bakal dihuni 30 buah keluarga. Kini, sebuah keluarga telah menjadi penduduk yang paling awal menghuni TPS.

Di sini diadakan ruang untuk warga TPS mengumpulkan info, maklumat, aduan, masalah dan sebagainya untuk diketengahkan agar tindakan selanjutnya boleh diusahakan.

Salam perkenalan buat semua
:)