22 September 2009

Re: Aktiviti curi pasir di Sg. sekamat.

Emel dari Sunardi Maulan pada 16 September 2009;

Assalamualaikum,

Tuan Githayuddin dan Puan Puziah,
Tuan-tuan dan puan-puan,

Terima kasih di atas maklumat yang diberikan i.e. kehadiran pegawai MPKj dan siasatan Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah Hulu Langat. Cuma apa yang saya kesali adalah tiadanya pemantauan berkala daripada pihak bewajib dalam mempastikan kontraktor tidak melanggar sebarang syarat dalam kontrak mereka. Di samping itu tidak ada makluman diberikan samada melalui notis pemberitahuan kepada penduduk berhampiran mahupun papan tanda makluman di atas projek tersebut. Kegagalan berbuat demikian telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit di kalangan penduduk terutamanya penduduk Lorong 5 dan Taman Pinggiran Sekamat.

Sekiranya itulah jaminan yang diberikan oleh pihak berkuasa (siap menjelang Aidilfitri 1430H), marilah kita bersama-sama menunggunya. Jika masih ada lagi kerja-kerja pengorekan saya harapkan tuan dan puan semua dapat maklumkan melalui blog Taman Pinggiran Sekamat atau kepada rangkaian e-mel ini untuk dimajukan kepada pihak media agar pihak berkuasa lebih prihatin dan sensitif terhadap kehendak penduduk tempatan.

Tuan Suzardi,

Mohon jasa baik tuan untuk memajukan e-mel ini kepada YB Nik Nazmi juga kepada ADUN Kajang dan MP Hulu Langat.

Wassalam dan Salam Aidilfitri.

Sunardi Maulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan