02 September 2009

Kecurian Pasir di Kampung Sungai Sekamat, Kajang

Emel dari Suzardi Maulan pada 25/08/2009;

Assalamualaikum wrt wbt,

Saya mewakili penduduk Lorong 5, Kg Sg Sekamat dan Taman Pinggiran Sekamat ingin mengadu kepada pihak kerajaan negeri Selangor tentang kes kecurian pasir yang semakin berleluasa di sungai berhampiran tanah perkuburan Kg Sg Sekamat / belakang Taman Pinggiran Sekamat / berhampiran Lorong 5 Kg Sg Sekamat.

Wakil dari penduduk Taman Pinggiran Sekamat juga telah menyatakan kerisauan dan bantahan mereka pada bulan Jun yang lepas. Salinan bantahan tersebut boleh dibaca di http://tmnpinggiransekamat.blogspot.com/2009/06/kegiatan-pengorekan-pasir-di-sg-sekamat.html

Kes kecurian pasir ini telah berlaku sekian lama. Aduan demi aduan sama ada terus ke pihak MPKJ dan ADUN Kajang telah pun dibuat. Tetapi kelihatan aktiviti mencuri pasir ini semakin menggila akhir-akhir ini. Malah ia semakin hampir dengan tanah wakaf perkuburan kariah Sungai Sekamat.

Saya juga risau, kecurian pasir ini akan menjejaskan ekosistem dan struktur tanah di kawasan perumahan berhampiran menyebabkan hal yang tidak diingini berlaku.

Saya menyahut saranan YB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memohon agar rakyat negeri Selangor melaporkan kegiatan haram ini dari masa ke semasa seperti saranan beliau di
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/1219

Saya berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa di negeri Selangor dalam menangani masalah ini.

Kalau bukan kerajaan Pakatan Rakyat yang kami yakini untuk mengatasi pelbagai masalah rakyat, siapa lagi yang kami boleh harapkan ? Sebab itulah tuan-tuan semua kami pilih sepenuh hati pada pilihanraya 2008 yang lepas.

Sekian, terima kasih.

Emel dari Puziah Abu pada 27/08/09;
Aduan telah dibuat melalui emel…
Aduan telah dibuat di laman web MPkj dan terkini, saya adukan melalui http://stars.selangor.gov.my/eaduan
Bagi yang ingin turut serta, amatlah dialu-alukan…

Emel dari Suzardi Maulan pada 29/08/09;
Salam YB Nik Nazmi,

Sebenarnya masalah ini sudah berlarutan agak lama. Harap Tuan YB selaku S/U politik MB negeri Selangor dapat membawa hal ini dengan segera ke pihak yang berkenaan.

Masa emel ini dihantar pun, kedengaran mesin jentolak pasir tengah beroperasi.

Kami dah penat dah mengadu di MPKJ. SMS, telefon, mengadu terus, tapi nampaknya tiada hasil.

Emel dari Pakdi pada 29/08/09;
Tuan Puan yang duduk di Lorong 5 dan Tmn Pinggiran Sekamat,

Sila sms apa-apa aduan, gesaan anda ke nombor berikut:

Wakil DUN Kajang

ONG SENG PENG
012-2134858

RADA KRISHNAN
016-3231217

Wakil EXCO Alam Sekitar, Yaakob Sapari

SULAIMAN AMIN
013-2701345

ZUKARNAIM B. NORDIN
012-2843952

Ahli Majlis MPKJ yang jaga kawasan kita
018-2042084

Saya baru SMS selepas melihat para penyamun pasir masih beroperasi.
Harap tindakan kita walaupun macam kecil ini dapat menyedarkan kerajaan negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan