16 September 2009

Lanjutan emel berkenaan aduan kecurian pasir di Kg Sg Sekamat

Emel dari Sunardi Maulan [sunardimaulan@yahoo.com] pada 16/09/09;
Dimajukan kepada pihak Berita Harian.

Assalamualaikum Saudara Nazmi,

Saya majukan e-mel-e-mel dari wakil penduduk Lorong 5 dan Taman Pinggiran Sekamat, Kg Sg Sekamat, Kajang berkenaan dengan kejadian mencuri pasir yang sudah lama berlaku berhampiran dengan kawasan kediaman kami. Sehingga hari ini, lokasi mencuri pasir itu sudah semakin dekat dengan kawasan rumah kami dan bunyi-bunyi jentera berat jelas kedengaran dan ini sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman kawasan kediaman kami. Di samping itu, sungai kecil yang menjadi pemisah di antara kawasan kediaman kami dan tapak mencuri pasir itu sudah semakin cetek kerana mendapan pasir dan dikhuatiri aliran sungai itu sendiri akan teralih dan menjejaskan ekosistem dan rupa bentuk muka bumi. Tapak mencuri pasir itu adalah bekas lombong yang telah kering namun kini sudah berair semula dan dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya terutama kanak-kanak yang ingin mencuba cabaran mandi lombong apabila tapak ini ditinggalkan oleh pencuri-pencuri pasir itu kelak. Daripada pemerhatian kami, operasi mencuri pasir dilakukan pada waktu persekolahan dan pasir-pasir diangkut oleh lori-lori pada awal pagi ataupun ketika sesi persekolahan sedang berlangsung.

Untuk pengetahuan, laporan demi laporan telah dibuat namun tidak ada sebarang perkembangan positif daripada pihak berkuasa. Sehingga hari ini, tidak ada wakil MPKj ataupun Pejabat Tanah ataupun mana-mana pihak berwajib dilihat melakukan tinjauan atau berjumpa dengan penduduk untuk mendapatkan atau memberikan sebarang maklumat. Aduan kami telah kami ajukan sehingga ke Pejabat SUK Negeri Selangor melalui YB Nik Nazmi.

Dengan ini kami ingin menjemput pihak Berita Harian untuk liputan kepada masalah ini agar ia masalah kami ini mendapat perhatian segera pihak-pihak berwajib..

Saya berharap Saudara Nazmi dari Meja Sastera dapat memajukan e-mel ini memohon liputan media daripada Berita Harian kepada Meja yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Sunardi Maulan
4179, Lorong 5,
Kg Sg Sekamat, Kajang
013-3882099

--------------------------------------------------------------

Emel dari Puziah pada 16/09/09;

Assalamualaikum..

Untuk makluman, saya telah membuat aduan di laman web http://stars.selangor.gov.my/eaduan pada 27/08/2009 yang lepas. Beberapa hari kemudian, saya ada menerima surat yang memaklumkan aduan saya turut dimajukan ke Pejabat Tanah Hulu Langat untuk tindakan selanjutnya. Menurut surat tersebut, tempoh yang diberikan adalah selama 14 hari dari tarikh 28/08/2009.

Sebaik menerima surat tersebut, hari berikutnya iaitu pada 05/09/2009 lebih kurang jam 10.30 pagi didapati terdapat beberapa orang MPKj datang untuk menuju ke arah lombong pasir tersebut dengan bertanya kepada suami saya, Kamarul Akmar. Dalam tempoh sejam tersebut, kami mendapati aktiviti jentera-jentera tersebut ‘hilang’ untuk seketika dan kembali aktif selepas jam 1 petang.

Kami masih tertanya-tanya adakah aktiviti jentera-jentera tersebut mempunyai kebenaran atau tidak dari pihak berwajib.

Puziah dan Kamarul.

----------------------------------------------------------------
Emel dari Md Ghiyathuddin Abdul Halim [ghiyathuddin@sdara.org] pada 16/09/2009

Salaam Aidilfitri,

Mengenai perkara di atas, saya telah menghubungi pegawai penguatkuasaan dari Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat. Mereka telah meneliti kes ini dan mendapati syarikat terbabit mempunyai permit untuk menjalankan kerja-kerja memindahkan selut dari kawasan tersebut, dan ia dijangka selesai sebelum Hari Raya. Kawasan tersebut mempunyai jalan masuk berdekatan Taman Rakan, iaitu dari Sg. Long, dan akan dibangunkan untuk satu projek perumahan. Pihak Pejabat Tanah dan Daerah telah memaklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor berhubung kesan kepada sungai dan alam sekitar untuk tindakan seterusnya.

This matter has in fact been brought to the attention of YAB MB of Selangor, and in due course it is supposed to be settled. We know that the company has the permit to carry out such work. What we don't know is whether the permit is being abused, because if the lorries excavate sand from the area for the use, and the purpose of development, in the same area, then it's ok. Otherwise, the company is deemed to have breached its contract by taking sand out of the area and adversely affecting the environment to the detriment of residents living in the vicinity, especially Taman Pinggiran Sekamat, Lorong 5 and nearby residence. Hopefully, the authorities are able to officially convince residents in the affected area that the company is not abusing its permit, and necessary actions are being taken as regards the potential impact of the activity on the environment, which is the residents' major concern.

Cadangan saya, selepas balik dari menjamu selera di hari Raya nanti, kita tengok perkembangan selanjutnya, sama ada aktiviti tersebut masih berjalan.

Semoga pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk kebaikan semua.

Selamat berbuka.

Ghiyathuddin & Ayu
No.5, TPS


ada permit,

pasir yang dikorek untuk digunakan di tempat yang sama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan