18 Februari 2010

cerita 4 moto di satu petang di TPS

Emel dari Mr Nik; [sundayswapmeet@yahoo.com] pada 12/2/2010;

salam warga TPS,

saya ingin berkongsi satu pengalaman pendek saya di TPS. pada satu petang dalam minggu ini, saya ter-cuba untuk jogging sekitar taman pada waktu petang, nak dekat senja dah. saya kluar rumah pukul 7 ptng, azan maghrib camtu dlm pukul 7 30 kot, baru masuk rumah balik. Dalam tempoh lebih kurang setengah jam itu, saya dapati ade 4 motor yang penuggangnya tak dikenali, (iaitu bukan penduduk TPS) pusing2 di area jalan TPS sampai ke ke arah sungai secara berasingan. mereka u-turn blakang blok A ke blok B, saya kurang pasti, tapi lambat jer nak u turn. .. ini lah cerita 4 moto tersebut...

moto pertama, orang agak tua, dengan anak kecil depan dan belakang. pandangan kasarnya tak syak wasangka apa2 lah. tapi puas juga dia round, dan sbb sekarang ni macam2 taktik orang pakai, saya perhatikan juga lah kot2 guna anak kecil sebagai alasan utk 'recce' kawasan taman. sementara dia pusing2, saya bawak kuar phone dari poket dan 'on'kan function kamera. dan snap lah gambar moto tu dari blakang konon2 nak tangkap no plet moto tersebut. namun, kuality kamera phone mengecewakan, bukan stakat no plet, moto pun tk nampak sebab delay shutter camera tu nak snap... dan berlalu la moto tersebut.

moto yang kedua.. 2 orang anak muda kulit gelap sket pusing sampai belakang. dlm mereka nak ambil masa utk u-turn kat area blakang tu (bukan nya susah pun nk u turn moto, diorang tengok pmandangan sungai kot) sekali lagi saya bawa kluar phone. sebab kamera function hampeh, saya tukar function video pulak.. secara instinctnya saya terus la 'shoot' moto yang ade dua orang nih apabila diorang melintas saya ke arah jln besar. rupa2nya diorang perasan perasan d'shoot' video phone menrusi cermin moto tu la kot. salah sorang dari mereka toleh kat saya dan buat peace sign, dan terus berlalu.. lepas diorang blah, baru terpikir, kalau2 mamat berdua tu pusing kejar saya ke... boleh nahas juga petang tu. tapi saya kira2 kalau diorang pusing sempat lagi teriak kat rumah insp Hazman, dia ada rumah time tu :) walau macam mana pun, kualiti video pun tak seberapa. cuma mamat berdua tu perasan di tangkap video, so kalau ada niat tak baik, mungkin diorang dah batalkan harap2nya..

tak lama lepas tu datang moto ketiga. solo rider, kulit cerah, muda gak. seperti taktik moto ke dua tadi, saya dah standby video mode kat phone. tapi menyedari kualiti yg hampeh, saya putuskan utk tak amek video moto, tetapi sekadar utk merakam suara saya baca no plet moto, sebab stakat nak ingat kat otak, memang tak ingat punya. sebab pada hematnya, CSI mcm kat tv tu kat tv jer lah... CSI kat mesia blum tentu ade rekod muka diorang.. tapi kalu ade no plet, mungkin pihak polis bleh check sape owner dia kat JPJ kan.. mamat ni perasan saya perati2 dia, tapi buat tatau jer..

moto ke empat pun sama, solo rider, kulit gelap sket.. kurus2.. berhasil la juga utk dapat no plet. tapi lama selepas tu, waktu saya dah nak masuk rumah, moto ke empat ni, datang semula ke taman.. dan sekali lagi, lama betul masa di ambil untuk u-turn... hai tak tahulah diorang ni datang dari mana..

itu jer lah cerita 4 moto. baru 1/2 jam sampling saya, saya tak tahu lah dalam sehari macam mana...so no. plet ke-dua2 moto tersebut yang sempat saya rekod adalah

BHL 6835
BEX 423


kalau tuan2 kenal pemilik moto2 ini, dan sebenarnya mereka bertujuan baik, saya mintak maaf lah bersangka buruk..

seperti format cerita2 teladan, saya ingin memberi saranan sebagai penutup cerita ini, kepada semua jiran2:

1. pasang2 telinga, buka2 mata.. kalau ada peluang utk rekod no plet diorang ni rekod lah, pakai ingatan ke, pakai pen ke, guna phone ke.. buat2 macam tengah bercakap dekat pagar ke, tapi sebenarnya rakam suara kita sambil baca no plet moto. harap boleh tambah lagi senarai no plet moto asing di TPS. bukan apa. kalau jadi apa, sekurang-kurangnya boleh serahkan no.plet kepada polis untuk tindakan lanjut. tak pun, boleh buat poster n tampal kat jalan masuk taman NO. MOTO DI BAWAH ADALAH DI BAWAH PENGAWASAN POLIS KERANA DISYAKI PECAH RUMAH. so tht these ppl know, TPS comunity is watching them!

2. jom berjoging :) utk kesihatan dan bertegur sapa jiran tetangga.

3. kalau rasa2 ok n berani, amek video diorang nih. logiknya, kalau diorang perasan n dah tau muka dah kene rekod, tak kan diorang brani nak datang lagi ke buat keje tak baik ke kan.. tapi yang ni ada risiko la. saya pun tak berani lagi.


sekian... selamat bercuti...

nik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan