18 Februari 2010

Kes Rumah Dipecah Masuk Kali Ketiga...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman warga TPS, pada 25/01/2010 kejadian pecah rumah di TPS kembali menular. Kejadian berlaku di rumah bernombor 32.

Suspek cuba memasuki dari tingkap dapur namun tidak berjaya. Kemudian, suspek berjaya masuk menerusi tingkap bilik belakang atas dengan mencungkil selak tingkap dan gril. Kejadian dijangka berlaku waktu pagi iaitu selepas tuan rumah keluar bekerja, oleh itu penghuni rumah tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohon perhatian dari semua warga TPS untuk sentiasa berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali. Ini adalah kes ke-3 yang berlaku setelah kes pertama terjadi pada 27/05/2009 dan kes kedua berlaku pada 26/10/2009. Setiap warga TPS perlu bersatu bagi memerangi kejadian pecah rumah kembali berulang. Beringatlah selalu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan