18 Februari 2010

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri

Emel dari Md Ghiyathuddin Abdul Halim [ghiyathuddin@sdara.org] pada 26/01/2010;

Ayatul Kursi, Surah Al-Baqarah, ayat 255

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bin sabit menulis serta menyebarkannya.

Sabda Baginda Rasulullah saw lagi:

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Berdasarkan Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w., barang siapa membaca ayat Al-Kursi:
• ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya, dan Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh;
• sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya (Syeikh Abu Abbas mengikut Hadis-);
• secara berterusan, akan dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad;
• apabila pulang ke rumahnya, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya;
• setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah (Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah");
• di akhir setiap solat Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain, dan Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat;
• setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.;
• di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid;
• sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya; dan
• ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya;
• berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin

Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan